Antarabangsa

Beri Ucapan Kebencian Pada Muslim Dan Arab, Lelaki India Dipecat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KERALA, 08 Mei 2022 – Kerajaan Qatar memecat seorang lelaki Hindu yang bertindak mengungkapkan ucapan kebencian terhadap Islam dan Arab.

Sisupalan Durgadas yang sebelum ini disingkirkan daripada tugas sebagai Penyelaras Wilayah Malayalam Mission Qatar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Muslim sewaktu perhimpunan kebencian Hindutva di ibu negara Kerala, turut ditamatkan perkhidmatannya sebagai Akauntan Kanan di Qatar.

Kerajaan Qatar juga mengeluarkan arahan supaya beliau dihantar pulang atas ucapan kebencian tersebut.

Beliau dipecat daripada jawatannya itu selepas mengeluarkan kenyataan yang menyasarkan umat Islam dan mengeluarkan sentimen yang memburukkan komuniti jururawat di Qatar.

Katanya, jururawat yang dibawa bekerja di negara Arab dijadikan hamba seks untuk militan.

“Kenyataan itu mencabul maruah komuniti wanita yang pergi ke luar negara untuk bekerja,” kata surat penamatan perkhidmatan yang ditandatangani oleh Murukan Kattakkada, Pengarah Malaylam Mission.

Pelbagai organisasi termasuk UNIQUE, sebuah organisasi kejururawatan di Qatar menuntut agar tindakan dikenakan kepada Durgadas malah mereka turut membuat aduan kepada Ketua Menteri dan DGP Kerala.

Pengarah Wilayah Narang Projects Qatar, Tim Morphy mengumumkan keputusan syarikat itu untuk memecatnya selepas menerima aduan melaui e-mel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: