Tempatan

Beri Sokongan Moral Kepada Umat Islam Di Karnataka – Prof Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2022 – “Doakan. Beri sokongan moral kepada umat Islam di Karnataka,” ujar Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

Biarpun sudah di tahun 2022 tetapi perjuangan agar wanita dibenarkan berhijab masih lagi tidak selesai, katanya.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi India telah memutuskan bahawa pemakaian tudung adalah tidak wajib dalam Islam.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara India, Ritu Raj Awasthi berserta ahli panel yang lain iaitu hakim Krishna S Dixit dan hakim JM Khazi susulan daripada pertikaian dalam isu bertudung di institusi pendidikan India.

“Kami berpendapat bahawa pemakaian tudung oleh wanita Islam tidak menjadi sebahagian daripada amalan agama yang penting dalam akidah Islam.”

“Tidaklah jika amalan berhijab tidak dipatuhi, yang tidak berhijab menjadi berdosa, Islam hilang kemuliaannya dan ia tidak lagi menjadi agama,” ini antara kenyataan yang dikeluarkan dalam penghakiman tersebut.

Keputusan itu sekaligus mendapat kecaman daripada aktivis dan ulama Islam yang melabelkan larangan Karnataka terhadap pemakaian tudung sebagai diskriminasi agama dan melanggar hak asasi yang dijamin perlembagaan.

Berdasarkan kenyataan seorang aktivis, Afreen Fatima, keputusan mahkamah itu akan menyebabkan beribu-ribu gadis kehilangan akademik.

“Ia satu bencana. Kepalsuan mutlak,” ujar seorang lagi aktivis, Safoora Zargar.

Bukan itu sahaja, larangan itu juga mencetuskan bantahan daripada beberapa pelajar Islam dan ibu bapa mereka.

Menurut seorang pengkritik yang tidak dinamakan, larangan itu seperti hendak meminggirkan komuniti Islam yang hanya mewakili 13 peratus sahaja daripada 1.35 bilion penduduk India yang majoritinya Hindu.

“Perintah mahkamah tinggi adalah menentang hak individu, hak asasi dan hak agama. Wanita Islam sudah memakai hijab selama ratusan tahun,” ujar Abdul Majeed, Ketua Karnataka bagi Parti Demokratik Sosial India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: