Tempatan

Beri Laluan Pelajar Sambut Tahun Baru, KPM Jawab Tuduhan Diskriminasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bahawa bengkel Persediaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diadakan secara berasingan baru-baru ini adalah untuk memberi laluan kepada calon yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Hal ini kerana, baru-baru ini tular dakwaan daripada seorang pengguna Twitter yang mendakwa sebuah sekolah di Johor Bahru mengadakan bengkel peperiksaan SPM dengan mengumumkan ia hanya untuk pelajar beragama Islam dan hanya untuk mata pelajaran Agama Islam sahaja.

BACA JUGA: CAP Sokong Hapus Kompaun Kesalahan Lalu Lintas Sepanjang Tahun

BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Johor

BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH

Menjawab kepada dakwaan tersebut, KPM menerusi kenyataan rasmi di Facebooknya mengatakan bahawa bengkel itu adalah atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan juga atas kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

Jelasnya, bengkel itu merupakan perancangan dari pelbagai pihak bagi memastikan semua murid dapat membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM tanpa mengira kaum.

“Pada 19 dan 20 Januari 2023, Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 orang calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.”

“Bengkel yang dilaksanakan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan tahun Baharu Cina,” memetik kepada kenyataan itu.

Menurut KPM, bengkel susulan yang sama juga akan diadakan buat calon lain pada 26 dan 27 Januari ini dan bertempat di lokasi yang sama.

Mengulas dengan lebih lanjut, KPM menjelaskan bahawa tiada sebarang isu diskriminasi terhadap semua calon yang bakal menduduki SPM seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak KPM akan mempertingkat prestasi komunikasi bagi mengelakkan kejadian yang sama dari berulang lagi dan menyeru kepada ibu bapa mahupun masyarakat untuk menghubungi terus pihak KPM menerusi platform rasmi berhubung sebarang isu melibatkan murid-murid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: