Tempatan

Beri Bantuan RM1,200 Sebulan Bagi Pendapatan RM5,000 Ke Bawah – Dewan Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Disember 2021 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DEWAN MELAYU) menggesa kerajaan memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 sebulan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Gesaan ini merupakan salah satu cadangan kepada kerajaan bagi menormalisasikan semua kehidupan masyarakat di negara ini.

“Pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah. Bantuan ini seharusnya dapat dinikmati bersama oleh sektor ekonomi informal termasuk pertanian dan lain-lain.”

Langkah pragmatik kedua dicadangkan adalah penyewa premis mendapat penangguhan bayaran dan tiada sebarang pengusiran atau perisytiharan muflis boleh dikenakan terhadap mereka.

“Semua bentuk premis, termasuklah premis perniagaan yang menerima manfaat moratorium hendaklah membenarkan penangguhan bayaran sewa kepada penyewa, dan tidak membenarkan tindakan pengusiran atau pengisytiharan muflis sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan selepas tempoh moratorium berakhir.”

Ketiga, pembekuan pembayaran atau pengecualian bayaran caj utiliti, SSM dan KWSP selama 6 bulan untuk sektor PMKS, serta tawaran rebat oleh operator telekomunikasi untuk panggilan serta penggunaan internet tanpa wayar.

Keempat, kerajaan perlulah memastikan syarikat-syarikat perbankan melonggarkan syarat-syarat kewangan mereka, khususnya dana yang disalurkan daripada kerajaan agar lebih ramai PMKS menerima bantuan serta kemudahan kredit.

“Bank Negara perlu pastikan KPI atau skala pematuhan yang berlainan khusus bagi menangani suasana ekonomi yang getir, atau ketika fasa pemulihan berkuatkuasa,” kata Dewan Melayu.

Gesaan terakhir adalah, Dewan Melayu mahu kerajaan menyediakan dana pusingan atau “revolving fund” untuk pemulihan serta pembangunan PMKS Bumiputera yang akan dikendalikan secara bersama oleh Kementerian Kewangan (melalui TERAJU) dan NGO-NGO Ekonomi Bumiputera sebagaimana kejayaan pelaksanaan Tabung Pemulihan Usahawan 1984-1986 bagi menangani krisis ekonomi.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini mengumumkan penangguhan Bayaran Anggaran Cukai (CP204), dan Skim Bayaran Ansuran (CP500) bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) mulai 1hb. Januari 2022 hingga 30hb. Jun 2022.

Pengumuman ini disambut gembira oleh Dewan Melayu dan seluruh rakyat yang terlibat dengan PMKS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: