Antarabangsa

Berdepan Protes, Jokowi Perintah Pemimpin Provinsi Kawal Kos Pengangkutan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 08 September 2022 – Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengarahkan pemimpin provinsi untuk menggunakan belanjawan mereka untuk mengekang kos pengangkutan dan mengatasi kesan inflasi daripada kenaikan harga bahan api minggu lepas.

Tindakan itu diambil setelah kerajaan Indonesia berdepan dengan protes seluruh negara susulan keputusannya untuk menaikkan harga bahan api bersubsidi sebanyak 30 peratus pada hari Sabtu lalu.

Presiden Widodo, lebih dikenali sebagai Jokowi berkata pemimpin provinsi mesti melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti mana waktu pandemik.

Katanya, belanjawan yang ada perlulah digunakan untuk menampung kos pengangkutan yang semakin meningkat, terutama untuk pengagihan makanan asas seperti bawang merah dan telur.

“Pengiraan oleh menteri saya adalah (inflasi akan) meningkat sebanyak 1.8 peratus. Tetapi itu jika kita tidak berbuat apa-apa. Oleh itu, kita perlu bertindak segera,” kata Jokowi.

Kadar inflasi Indonesia pada bulan Ogos ialah 4.69 peratus, sudah menghampiri paras tertinggi tujuh tahun dan melebihi sasaran bank pusat untuk bulan ketiga berturut-turut berikutan kenaikan harga makanan yang menyaksikan ribuan turun ke jalanan demontrasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: