Tempatan

Ibu Maisarah Mahu Akidah Islam Anak Kekal Terjaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 01 Jun 2023 – “Saya cuma mahu yang terbaik untuk Maisarah, saya nak akidah Maisarah sebagai orang Islam terus terjaga dan terpelihara.”

Demikian kata Nur Aishah Nadhirah Hasboolah, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang terlibat dalam isu hak penjagaan anak yang tular baru-baru ini.

Ujarnya, sebagai seorang ibu, beliau mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya, Maisarah khususnya supaya akidah Islam anak itu lebih terjaga.

Menurut beliau, Maisarah telah memeluk Islam pada 9 Januari 2020 dengan mengucap kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, dibantu oleh dua pegawai bertugas.

BACA JUGA: 20 Nelayan Vietnam Ditahan, Ceroboh Perairan Negara

BACA JUGA: Islamofobia: Cederakan Keluarga Muslim Sedang Berkelah, 4 Lelaki Ditahan

BACA JUGA: Tentera Israel Melampau! Bendera Palestin Dijadikan Mop Lantai

Ibu itu turut mendedahkan bahawa anaknya, Maisarah gemar cara hidup Islam dan pandai mengaji al-Quran selain berhasrat untuk bersamanya.

Sementara itu, Nur Aisyah juga memaklumkan, “Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang melawat saya tanya khabar dan sesi kaunseling, keadaan diri saya semakin terkawal berbanding sebelum ini. JKM bagi sokongan moral dan alhamdulillah, kakitangan JKM sangat baik dan memahami.”

Tambahnya, “Macam mana sekali pun saya serahkan kepada peguam bagi proses selanjutnya ke Mahkamah Persekutuan.”

Terdahulu, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengadakan perbincangan dengan pihak puan Aisyah Naadhirah pada 29.5.2023 sekali gus bersedia menawarkan bantuan perundangan bagi membantu beliau dalam proses perundangan berkaitan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: