Tempatan

Berbasikal Ke Pejabat Salah Satu Mobiliti Lestari – KASA Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 Julai 2022 – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA Malaysia) dalam satu hantaran menyatakan bahawa budaya berbasikal ke pejabat adalah salah satu aktiviti mobiliti lestari iaitu rendah karbon.

Selain mendorong gaya hidup sihat, aktiviti ini dapat mengurangkan kesesakan, menghadkan penggunaan bahan api, serta menjadi titik tolak ke arah menjadikan Putrajaya sebagai perintis “Bike City in Malaysia”.

Lima cabang kepada mobiliti lestari iaitu menyihatkan tubuh badan, mobiliti rendah karbon, menjadikan Putrajaya sebagai perintis “Bike City in Malaysia”, hadkan penggunaan bahan api dan terakhir mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Justeru, mobiliti lestari menggabungkan pendekatan serta manfaat mobiliti asas dan riadah berbasikal dengan tujuan untuk menjadikannya salah satu alternatif utama kaedah pengangkutan harian termasuklah ke tempat kerja khususnya dalam lingkungan 5 kilometer.

Selain itu, menormalisasikan aktiviti berbasikal ke pejabat anjuran KASA Malaysia ini akan menjadikan aktiviti tersebut penyokong kepada pengangkutan awam seperti LRT & MRT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: