Tempatan

Berapa Banyak Syarikat Yang Menyeleweng Subsidi Minyak Masak Ditarik Balik Kuota? – Ahli Parlimen Machang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2022 – “Berapa banyakkah syarikat-syarikat yang telah didapati menyeleweng subsidi minyak masak ini ditarik balik kuota mereka?” soalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Mazlan Bin Yaakub ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dalam Dewan Rakyat yang berlangsung di sini, pagi tadi.

Menjawab persoalan beliau, Timbalan Menteri Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Bin Wahid memaklumkan,

“Cuma mereka yang telah ditarik balik maklumat sehingga kini saya difahamkan, lebih dari 14 syarikat dan proses penghakiman di mahkamah berkaitan dengan ketirisan ataupun penyeludupan minyak yang diseludup ke negara jiran.”

Sebelum ini, media melaporkan mengenai 15 syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi dikenakan tindakan termasuk ditarik lesen kerana menyeleweng bekalan minyak peket ke negara jiran, sejak tahun lalu.

Dato’ Rosol Wahid berkata, semua syarikat ini akan diheret ke mahkamah untuk pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.”

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.”

Leave a Reply

Back to top button