Tempatan

Video Klip Dato Alif Syukri Ditegur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 17 Ogos 2022 – “Saya merujuk sebuah klip video yang di mana kak long seperti binatang tunggangan murid (Baby Shima) merupakan satu tindakan tidak wajar yang dilakukan seorang yang mempunyai gelaran Dato’. Perkara tersebut mengaibkan profesion perguruan yang menurut saya, Tuan guru atau sifu atau murabbi atau Syeikh dan lain-lain gelaran merupakan orang yang dianggap mulia,” kata Mohammad Nur Omar dalam satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan tersebut dimuat naik olehnya bagi menegur perbuatan usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri dalam video klip terbarunya bersama Baby Shima dan Kak Long 7E.

Dalam video klip itu, dapat dilihat Kak Long 7E yang berpakaian seperti seorang guru menjadi tunggangan Baby Shima manakala Aliff Syukri pula berada di hadapan dan beraksi seperti sedang menarik binatang tunggangan. Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima kedua-duanya mengenakan pakaian pelajar sekolah menengah.

Tegas Mohammad Nur Omar, beliau berharap agar Aliff Syukri segera memadamkan video terbabit bagi memastikan masyarakat tidak memandang serong profession perguruan.

Di samping itu, beliau juga berharap agar Dato’ tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.

“Saya yakin Dato’ dan isteri serta anak-anak malahan ibu yang tersayang merupakan insan yang baik dan mulia di sisi Allah SWT. Justeru itu, saya berharap agar Dato’ tidak memuat naik video yang tidak rasional, tidak matang serta tidak sesuai dalam mempromosikan diri atau produk dikhuatiri merosakkan reputasi dan imej keluarga yang tersayang.”

Salinan kenyataan ini turut dikongsikan di muka buku dan dipanjangkan kepada Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Profesor Madya Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Saudara Aminuddin Bin Awang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: