Tempatan

Bencana Demam Babi Afrika Tidak Jejas Bekalan Babi – Ketua Menteri Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 19 Januari 2023 – Bekalan babi di Pulau Pinang masih mencukupi walaupun penularan demam babi afrika (ASF) di negeri ini semakin meruncing.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, walaupun ada yang terjejas akibat ASF namun bekalan untuk kegunaan tempatan masih mencukupi.

BACA JUGA: Teks Perlembagaan BM: Tidak Sah Tanpa Persetujuan Sabah, Sarawak – Wilfred Madius Tangau

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

BACA JUGA: Tol Percuma Jumaat dan Sabtu Ini

Mengulas lanjut, pihaknya juga tidak akan membawa masuk daging babi dari negeri lain.

Sementara itu, bangkai babi yang dijangkiti akan ditanam di tanah kosong milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

“Kita menggunakan kaedah penanaman bangkai babi berbanding pembakaran kerana jumlah yang hendak dilupuskan terlalu banyak selain saiz bangkai yang besar.”

“Oleh demikian, kita bersama PDC akan mencari tanah yang belum dibangunkan dan belum sedia dijual milik agensi tersebut untuk tujuan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Auditorium F di Komtar pada Rabu.

Jelasnya, pihaknya akan memastikan lokasi penanaman bangkai itu jauh daripada penempatan penduduk bagi mengurangkan impak terhadap orang ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: