Bencana ASF Pulau Pinang: Lagi 4 Ladang Babi Dijangkiti
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GEORGETOWN, 18 Januari 2023 – Empat lagi ladang babi di Seberang Perai, Pulau Pinang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF).
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, wabak ASF yang diisytiharkan sebagai ‘bencana’ di negeri itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda, bahkan ia berkemungkinan bertambah buruk akibat ketiadaan vaksin berkesan setakat ini.
Dua daripada ladang yang baru dijangkiti berada di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) manakala dua lagi di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), menjadikan sebanyak 11 ladang babi terjejas.
“Kita tahu ada pemilik ladang yang menyembunyikan maklumat dengan tidak melaporkan kes kematian babi di ladang mereka kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Ini sangat berbahaya kerana virus ASF sudah ada,” ujar Chow.
BACA JUGA: Tragedi Rempuhan Stadium Indonesia, 3 Pegawai Polis Dituduh Cuai
BACA JUGA: Semak Semula Lulus Tayang Filem “Pulau” – MAPIM
BACA JUGA: China Gesa Rejim Zionis Henti Provok Palestin
Tambahnya, sehingga kini, lebih 4,000 ekor babi dari tiga ladang telah dihapuskan dan bangkai ditanam di tapak dan lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Ketua Menteri itu turut menggesa pemilik ladang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menghindari penularan ASF ke lebih banyak ladang ternakan babi.
“JPV sedang meneruskan kerja-kerja persampelan di semua ladang untuk mengesan ASF sementara latihan penghapusan sedang dijalankan di ladang lain.”
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan, empat sekatan jalan telah dipasang iaitu tiga jalan di daerah SPS dan satu di daerah SPT, bagi mengawal pergerakan babi hidup dan bangkai babi dari kawasan dijangkiti.