Terkini

Bencana ASF Pulau Pinang: 5 Lagi Ladang Komersil Babi Dijangkiti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 14 Januari 2023 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika (ASF) sebagai bencana di negeri itu setelah lima lagi ladang babi komersil dijangkiti penyakit terbabit.

Ini menjadikan keseluruhan tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan yang akan dimusnahkan secara berperingkat.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), pihaknya telah menjalankan ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF secara berperingkat dengan bangkainya ditanam di ladang tersebut atau kawasan khas disediakan Kerajaan Negeri.

“Pemusnahan dijalankan menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan iaitu Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum bangkai-bangkai babi ditanam secara sempurna.”

Malah, pihak berkuasa turut menjalankan aktiviti pemantauan, pemeriksaan karkas di rumah sembelihan babi dan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal penularan penyakit demam babi Afrika ini, kata JPV dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: TPM Umum Sabah, Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’

BACA JUGA: Laporan Polis, Salah Guna Kuasa Terhadap Tommy Thomas

BACA JUGA: Dari Bini Sekolah Rendah Sampai Nak Beranak, Jalan Teluk Cempedak Tak Elok-Elok

“Pihak Polis dan Penguatkuasa Veterinar  juga mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di jalan-jalan masuk ke kawasan Perkampungan Valdor sejak 10 Januari yang lepas dan ia dijalankan bagi mengawal pergerakan keluar serta masuk babi hidup dan karkas babi dari kawasan jangkitan seterusnya mengawal penularan penyakit ASF ini ke kawasan lain.”

“Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan karkas juga giat dijalankan di semua rumah sembelih babi berlesen di Pulau Pinang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan penyakit ASF itu akan terus merebak di ladang lain,” kata JPV lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: