Tempatan

Buang Islam Agama Rasmi, Sarajun Hoda Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 April 2021 – Sarajun Hoda Abdul Hassan mengeluarkan permohonan maaf susulan tulisannya di Facebook yang menyenaraikan agar agama Islam dibuang sebagai agama rasmi sekiranya mahu mendapat tempat lima negara teratas dalam indeks Islamcity.

“Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Saya juga orang Islam keturunan al-Ansar. Jika sesiapa tersinggung, saya minta maaf secara terbuka.”

Mendakwa bahawa beliau mungkin menggunakan perkataan yang salah, aktivis sosial itu berkata ramai yang salah faham akan tulisannya.

Disebabkan itulah, beliau segera menurunkan posting asal di dalam Facebooknya.

Dakwa mantan Timbalan Pengerusi BERSIH itu lagi, apa yang mahu beliau sampaikan sebenarnya adalah, Malaysia tidak perlu mengumumkan kepada orang luar bahawa negara ini adalah negara Islam. Jika tidak, pelabur asing mungkin takut melabur di sini.

“Saya mungkin guna ‘wrong choice of words’ dalam posting itu. Maksud saya biar Islam itu kekal agama Persekutuan tapi tak payah heboh kata kita Negara Islam. Pelabur asing mungkin takut melabur di sini nanti. Itu pendapat saya. Mungkin salah. Menyedari kesilapan itulah saya cepat-cepat menurunkan posting itu. Saya dapati ramai silap faham. Mungkin posting saya tidak jelas.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: