NGO

Pendidikan Di Malaysia Sudah Parah Kerana Campur Tangan Politik – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Jun 2022 – “Pendidikan Malaysia sudah parah. Campur tangan orang politik semakin rakus dan tidak berperikemanusiaan dan hanya mementingkan keuntungan dan wang ringgit sehingga nasib 5 juta murid dipergadaikan,” demikian pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Izzat Johari (CIJ) juga berkata, “Sejak tahun 2011 lagi, isu pendidikan semakin parah. Ketika itu projek 1Bestarinet bersama YTL diangkat dan dilaksanakan di peringkat sekolah menerusi FROGVLE dan kemudiannya, guru dan murid dipaksa menggunakan sistem FROGVLE dalam keadaan infra yang sangat minimum.”

Selain itu, beliau turut menceritakan permulaan kewujudan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau dikenali sebagai PBS dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang menimbulkan kepincangan hanya pada tahun pertama iaitu tahun 2012 ia dikuatkuasakan dan berlarutan sehingga tahun seterusnya.

Cikgu Izzat Johari juga memaklumkan bahawa hampir setiap minggu ada sahaja perubahan dalam proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Seterusnya, wujud cadangan untuk memansuhkan PMR dan cadangan itu diawalkan ke tahun ke 2014. Ketika itu, ramai yang membantah dan ada juga yang bersetuju atas alasan ‘dasar’ yang mana ianya wajib dipatuhi atau diugut buang kerja jika tidak dipatuhi.

Semakin lama, semakin banyak kecelaruan yang timbul seperti arahan berubah-ubah setiap minggu dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri pening.

Cikgu Izzat Johari berpandangan bahawa masalah-masalah ini timbul akibat berat sebelah dan pilih kasih di mana isu ini kembali dipersoal pada tahun ini iaitu genap 10 tahun selepas sebilangan besar guru mahu PBS dihentikan iaitu pada tahun 2012 tapi tidak diendahkan.

Ini kerana, semua guru menghadapi masalah untuk merekod data murid melalui sistem SPPBS yang mana pelayannya amat teruk dan rendah kualiti. Ada guru tidur sampai 3 hingga 4 pagi semata-mata kerana mahu memasukkan data dek kerana takut dengan pentadbir, PPD, JPN dan KPM yang mahu sistem ini berjaya, ujar Cikgu Izzat Johari.

Tambah beliau, isu pelayan tersebut tidak berhenti di situ apabila ramai guru mula dipersalahkan sedangkan pelayan yang disediakan oleh KPM hanyalah berkapasiti rendah sedangkan guru yang hendak menggunakan seramai 50,000 ke 100,000 ribu orang dalam satu-satu masa.

Beliau turut menceritakan bagaimana KPM terus menuding jari kepada guru apabila sistem SPPBS gagal dilaksana dengan baik. “Murid ketika itu? Hancur seperti seekor tikus makmal.”

“Sekejap soalan disediakan Lembaga Peperiksaan. Sekejap soalan daripada bank soalan. Tiada format tetap daripada tahun 2012 hingga 2014. Semuanya serkap jarang,” bongkar beliau lagi.

Akhirnya, “PT3 diwujudkan bagi menggantikan PMR yang telah dimansuhkan. Tanpa ada ‘blueprint’ dan tiada percubaan dalam PT3, sekali lagi KPM menggadaikan masa depan bermula murid tingkatan 3 tahun 2015 sehingga 2019. Kononnya PT3 adalah sebahagian PBS dan ketika itu juga, SPPBS dimansuhkan dan direkod secara offline,” jelas Cikgu Izzat Johari.

Nama PBS ditukar kepada PBD dan PMR ditukar kepada PT3. Namun Cikgu Izzat Johari memaklumkan, masih wujud hampir setiap tahun masalah kerana pentaksiran dilakukan oleh guru itu sendiri dan banyak jurang, terdedahnya guru kepada keabsahan murid. Lebih menyedihkan, ada ‘tangan ghaib’ yang mengarahkan guru agar tidak boleh memberi murid bawah BAN 3 kerana khuatir prestasi pendidikan jatuh teruk.

Walau bagaimanapun, akhirnya agenda untuk memansuhkan peperiksaan berjaya dibuat pada tahun ini iaitu 2022 sambil menyalahkan guru-guru kerana berat sebelah dan tidak telus memberi pemarkahan dan pentaksiran. Bayangkan, risiko ini dicipta oleh KPM dan akhirnya guru juga dipersalahkan, keluh beliau.

Justeru, mengakhiri kenyataan Cikgu Izzat Johari menegaskan bahawa selagi guru-guru tidak berubah dan membuat perubahan semasa PRU15 nanti, sampai bila-bila kita menuju kegelapan negara dengan anak-anak sekarang yang semakin hari semakin biadap dan bermasalah sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: