Tempatan

TPM Dinasihat Jangan Sibuk Iktiraf UEC – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2023 – “Sehubungan itu, saya sekali lagi menasihati dan menyarankan kepada Timbalan Perdana Menteri agar mengambil kesempatan jawatan yang diberikan untuk memberi fokus kepada negeri Sarawak dan jangan jadikan alasan selepas ini jika Sarawak masih jauh di belakang kerana semasa ada jawatan, sibuk nak iktiraf UEC dan menentang arus dasar pendidikan negara.”

Demikian teguran tegas dari Pengerusi Amal Sejagat, Cikgu Izzat Johari kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dalam isu Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

BACA JUGA: PDRM Pantau Penyebaran Propaganda Kumpulan Yang Dikaitkan Islamic State

BACA JUGA: Pencarian MH370 Tetap Diteruskan – Anthony Loke

BACA JUGA: Hukuman Mati Pengganas Dicemuh, Pribumi Palestin Dakwa ‘Dibunuh’ Di Jalanan

Perkara ini berbangkit selepas TPM itu mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi mendapatkan penjelasan berhubung alasan di sebalik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengiktiraf sijil berkenaan.

Tegas Cikgu Izzat Johari, usaha untuk mengiktiraf UEC sekali gus akan membelakangkan keabsahan SPM dan STPM sekaligus cubaan untuk merendah-rendahkan sekolah dan peperiksaan yang disediakan oleh pihak Kerajaan sendiri.

Oleh itu, beliau menasihatkan kepada Dato’ Sri Haji Fadillah agar memberi fokus kepada memberi fokus penuh kepada pembangunan dan menaik taraf kemudahan asas di 1458 buah sekolah di negeri Sarawak.

“Saya lebih kasihan kepada murid-murid di Sarawak kerana tidak dapat merasai pendidikan yang sempurna sebagaimana murid di semenanjung walaupun ada juga sebahagian sekolah di semenanjung juga jauh di pedalaman. Ini realiti kerana kita sudah berada di zaman berteknologi tinggi tetapi di sekolah, kerusi meja masih pakai kayu,” kata Cikgu Izzat Johari lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: