Tempatan

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 22 Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadhan ditetapkan pada petang Rabu, 22 Mac 2023 ini bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju dengan kaedah penetapan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab dan tarikh bagi permulaan puasa itu akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam tersebut, memetik kepada berita tempatan.

BACA JUGA: MP Gesa Kerajaan Madani Tangani Pemikiran Islamofobia

BACA JUGA: Perhimpunan LGBT: Menteri Arah Jawi Bantu PDRM

BACA JUGA: Jadi Satu Jenayah Promosikan Agama Lain Kepada Orang Islam – Chegu Bard

Berita itu turut memaklumkan bahawa cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih dan jawatankuasa juga diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Antara lokasi yang terpilih ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain itu ialah Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baharu, daerah Manjung, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, lokasi lain turut melibatkan Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut serta Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Lokasi lainnya termasuklah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Dan akhir sekali adalah melibatkan Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: