Tempatan

Beli BTS Ikut ‘Pintu Belakang’, Peneroka Bantah, Mahu Lapor SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERA, 01 Jun 2023 – “Pusat timbang sawit swasta itu yang dijangka beroperasi tidak lama lagi dipercayai akan membeli buah tandan segar (BTS) milik peneroka atau perladangan Felda secara ‘pintu belakang’’,” dedah Ketua Peneroka Felda Triang 1, Mat Jidi Yaakob kepada sebuah portal tempatan.

Ujarnya, atas sebab itulah peneroka Felda Gugusan Triang membantah pembukaan pusat timbang sawit swasta di tanah rancangan dan ladang di antara Felda Triang 1 dan Felda Triang 2.

BACA JUGA: GEMPAR! Penyelidik Temui Rangka Manusia Prasejarah Di Gua Musang

BACA JUGA: Ringgit Lemah: Harga Ubat-Ubatan Dijangka Bakal Naik

BACA JUGA: Solat Hajat Berikutan Cuaca Panas Diadakan Hari Ini

Tambahnya, pusat timbang sawit swasta itu dipercayai menyasarkan sawit milik peneroka dan ladang Felda di situ kerana pemilik pusat timbang tersebut tidak memiliki ladang sawit sendiri sebaliknya hanya menanam buah kelapa.

“Jadi, mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Triang 1 membuat keputusan membantah sekeras-kerasnya kewujudan pusat timbang sawit swasta di kawasan berkenaan.”

Dalam masa sama, peneroka di sana juga sepakat untuk melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika masalah ini tidak diatasi segera kerana menganggap ada sesuatu yang tidak kena.

Tegas Mat Jidi lagi, mereka juga tidak mahu masalah ketirisan jualan sawit seperti berlaku di wilayah Felda lain berlaku di situ kerana peneroka terpengaruh dengan ‘gula-gula’ tawaran jualan tunai dengan harga lebih tinggi.

“Walaupun pusat timbang itu yang lokasinya berhampiran Felda Triang 1 dan Felda Triang 2 adalah milik persendirian, tetapi kita sudah dapat menjangkakan kesan buruk ekoran pembukaannya akan datang,” kata beliau lagi.

Justeru, beliau memohon pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk tidak mengeluarkan lesen membeli sawit kepada pihak berkenaan kerana ia boleh menjejaskan penghantaran BTS ke kilang milik Felda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: