Tempatan

Belasah Pelajar Tahfiz, Polis Dedah Punca Kejadian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LIPIS, 13 Ogos 2022 – Seorang ustaz dan pelajar di sebuah tahfiz di Kuala Lipis, Pahang, cedera selepas dibelasah oleh tiga orang lelaki.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Azli bin Mohd Noor berkata, kejadian viral di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah Jalan Cheneras itu berlaku akibat tidak puas hati terhadap ustaz tersebut kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

“Pada 11/08/2022, jam lebih kurang 1710 hrs, ada satu kejadian pukul berlaku di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Jalan Cheneras, 27200 Kuala Lipis, Pahang di mana suspek (5) lelaki Melayu bersama seorang pelajar tahfiz telah pergi ke pusat tahfiz dengan menaiki sebuah m/pick up jenis Isuzu D-MAX, warna perak, di mana (3) orang suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali dengan nama Muhammad Zulhafiz bin Mohd Rasid yang ditugaskan untuk menjaga tahfiz serta seorang pelajar tahfiz dikenali dengan nama Umar Naufal bin Azman,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Dalam kejadian itu, Ustaz Muhammad Zulhafiz bin Mohd Rasid yang ditugaskan untuk menjaga tahfiz telah mendapat kecederaan di mata sebelah kanan (4 jahitan), cedera di tangan dan lebam di badan, manakala pelajar tersebut mendapat kecederaan sakit di badan.

“Punca kejadian kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan pencerobohan kawasan, pegawai penyiasat: Inspektor Mohd Fariduddin bin Hassan serta turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Supritendan Azli lagi.

Kelima-lima suspek berjaya ditahan dan hasil semakan mendapati, dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Hasil ujian saringan dilakukan terhadap tiga suspek yang berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka positif dadah jenis heroin manakala dua lagi suspek positif methamphetamine.

Dua suspek yang terlebih dahulu berjaya ditangkap akan direman selama empat hari manakala permohonan reman terhadap tiga suspek yang berjaya ditangkap pagi tadi akan dibuat hari ini untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: