Tempatan

Belanjawan 2023: Kerajaan Naikkan Elaun Guru KAFA Kepada RM1,100

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2023 – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi guru KAFA kepada RM1,100.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu Belanjawan 2023 Malaysia Madani hari ini.

“Saya juga faham peranan besar yang dimainkan oleh imam dan bilal serta guru-guru dalam mengimarahkan fungsi masjid.”

BACA JUGA: Menu Rahmah Rugikan Peniaga Melayu

BACA JUGA: MUIP Tubuh Perbadanan Wakaf Pahang

BACA JUGA: Bencana Banjir, Malaysia Rugi RM622.4 Juta

“Menghargai jasa dan keringat mereka, Kerajaan bersetuju untuk: menaikkan elaun bagi 35 ribu guru KAFA sebanyak 100 ringgit kepada 1,100 ringgit dengan peruntukan tambahan lebih 40 juta ringgit.”

Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk memberi sumbangan khas kepada imam, bilal, tok siak dan guru KAFA sebanyak RM600.

“…memberikan sumbangan khas 600 ringgit kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir. Seramai 70 ribu orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih 40 juta ringgit,” kata Perdana Menteri lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: