Antarabangsa

Bekas Pesakit COVID-19 Berisiko Darah Beku Serius Dalam Paru-paru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Amerika Syarikat (AS), 09 April 2022 – Risiko menghidapi darah beku pada paru-paru yang boleh menyebabkan kematian meningkat 33 kali ganda bagi bekas pesakit COVID-19 dan ia juga boleh berlaku walaupun kes jangkitan tidak serius.

Masalah ini telah dilaporkan di British Medical Journal yang mendapati kejadian darah beku ini juga boleh berlaku pada bahagian kaki dan turut boleh mengancam nyawa mangsa.

Dr. Frederick Ho, seorang pakar kesihatan menyatakan bahawa kes ini juga boleh berlaku kepada mereka yang menghidapi kesan tidak serius dan tidak perlu dikejarkan ke hospital.

“Mereka yang hanya mengalami gejala ringan dan tidak perlu dimasukkan ke hospital juga mungkin mempunyai peningkatan kecil risiko (darah beku),” tegasnya, seperti dilaporkan The Guardian.

Para pengkaji terlibat turut menegaskan bahawa mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti masalah jantung dan darah tinggi mempunyai risiko yang paling tinggi untuk ditimpa gejala darah beku ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: