Antarabangsa

828 Juta Nyawa Kebuluran, 2/3 Adalah Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 31 OGOS 2022 – Sebuah laporan yang diterbitkan oleh Care, sebuah pertubuhan kemanusiaan telah menyatakan bahawa, kira-kira 828 juta orang di dunia terkesan dengan masalah kebuluran pada tahun 2021. Dari jumlah tersebut, 59 peratus adalah wanita.

Menurut perkiraan yang dilakukan, tiga daripada lima orang yang mengalami kebuluran adalah daripada kaum wanita dan perkiraan ini juga menunjukkan bahawa kaum wanita berdepan dengan masalah keselamatan makanan dengan kadar 150 juta orang lebih ramai dari kaum lelaki.

Sejak 2018, perbezaan kadar keselamatan makanan di antara lelaki dan wanita telah berkembang sebanyak 8.4 kali ganda dan masalah ini berlaku dengan lebih pantas berikutan pandemik wabak coronavirus yang melanda.

Manakala pada hari ini, krisis peperangan di antara Rusia dan Ukraine, isu kekurangan makanan serta faktor-faktor yang terkait dengan inflasi yang kian meluas, situasi semasa dilihat akan menjadi jauh lebih buruk.

Menurut Emily Janoch, pengarah kanan Care, perbezaan itu bukan sahaja jelas, bahkan jika dibandingkan dengan situasi pada tahun 2018, kenaikan kadar perbezaan berlaku dengan amat pantas sekali.

“Segala apa yang kami sedang lihat pada masa ini memberitahu bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk pada masa akan datang,” ujar Janoch.

“Jika kamu lihat kesan yang menimpa sektor pertanian selepas berlakunya krisis baja Rusia, implikasinya sangatlah besar. Kami tidak pasti bagaimana ianya betul-betul akan terjadi tetapi kami tahu bahawa golongan wanita akan berdepan dengan impak yang sangat besar,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: