Tempatan

Bekas Pembaca Berita TV3 Hilang 8 Bulan Tanpa Jejak, Polis Cari Petunjuk

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 19 Julai 2022 – Tular di media sosial selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan media menghebahkan kehilangan bekas personaliti TV3 yang berusia 58 tahun, Zalina Shaharah Binti Azman atau lebih mesra dikenali sebagai Zalina Azman. Beliau yang dilaporkan hilang sejak November lalu digambarkan memiliki tubuh badan kecil, kurus dan berkulit hitam manis.

Kenyataan sama memaklumkan, alamat terakhir beliau adalah di No.2 Jalan Ketiau 3/10, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

”Jika mempunyai sebarang maklumat. Sila maklumkan kepada Pegawai Penyiasat Kes SJN Sabturia Binti Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622,” maklum kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan laporan kehilangan bekas personaliti TV3 itu telah dibuat ahli keluarga pada 29 November 2021 dan anak mangsa dikatakan cuba menjejaki si ibu bagi memaklumkan keadaan bapanya yang dimasukkan ke hospital, lapor Utusan Malaysia.

“Pada 29, November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya berlokasi di Seksyen 3 dan mendapati keretanya berada di tepi rumah.”

“Pengadu mendapati keadaan dalam rumah tidak tersusun dan menemukan beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai berjumlah RM600 milik Zalina.”

“Ibunya bagaimanapun tidak dijumpai. Usaha pencarian telah dibuat namun mangsa gagal ditemukan,” ujar Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Kehilangan Zalina Azman itu turut menarik perhatian rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi yang juga menguar-uarkan insiden ini di laman sosial Instagram miliknya dengan berkata;

“Siapa Yang Ada Maklumat Di Mana Kawan Paknil Zalina Azman Berada Tolong Hubungi Pegawai Penyiasat Kes Sjn Sabturia 03-55194622.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: