Antarabangsa

AS Buat Persediaan Kemungkinan Konflik Dengan China – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 05 Februari 2024 – Latihan ketenteraan terbesar yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) bersama Australia pada tahun lalu adalah untuk pembinaan dan penyimpanan peralatan baharu di negara tersebut bagi persediaan terhadap potensi konflik yang berlaku dengan China.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media Reuters pada Rabu lalu, yang mana sumber maklumat yang diambil adalah daripada temu bual beberapa orang pegawai AS.

Menurut para pegawai yang ditemu bual, peralatan-peralatan perang telah disimpan sewaktu sesi latihan Talisman Sabre yang telah berlangsung pada bulan Julai dan Ogos tahun lalu.

Peralatan tersebut termasuklah 330 buah kenderaan dan treler serta 130 buah kontena yang telah disimpan di kawasan pantai timur Australia. Peralatan tersebut dikatakan mampu untuk digunakan bagi sekitar tiga kompeni logistik dengan kekuatan sekitar 500 orang tentera atau lebih.

Peralatan yang sama juga dikatakan boleh digunakan untuk latihan pada masa akan datang jika tidak terjadi sebarang konflik. Ianya juga dapat digunakan jika terdapat bencana alam.

Menurut media yang sama, Kedutaan China di AS tidak terus membuat maklum balas terhadap laporan berita tersebut, namun telah menyatakan kepada Reuters bahawa Washington sepatutnya “berhenti membuat perkara yang dapat meningkatkan ketegangan di Selat Taiwan.”

Kedinginan di antara dua negara itu untuk mendapatkan penguasaan terhadap Taiwan telah meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan ianya telah disemarakkan lagi dengan tindakan AS dalam menjual alat persenjataan serta lawatan ahli Parlimen AS ke pulau tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: