Antarabangsa

Bekas Gereja Ditukar Menjadi Masjid, Dijangka Beroperasi 2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HANLEY, 15 Ogos 2023 – Bekas gereja di bandar Hanley akan diubah menjadi masjid dan dijangka beroperasi mulai tahun hadapan.

Media antarabangsa melaporkan, Pusat Darul Falah telah membeli Gereja St John di Town Road, Hanley dengan harga kira-kira RM824 ribu untuk dijadikan masjid dan pusat pendidikan Islam.

BACA JUGA: Promosi LGBT: Indonesia Didesak Haramkan Penjualan Jam Pelangi & Tayangan Barbie

BACA JUGA: Tanah Runtuh Batang Kali: Waris, Mangsa Gesa MB Kemuka Laporan Segera

BACA JUGA: Ketepatan Masa Antara Rungutan Utama Pengguna Pengangkutan Awam

Naib Presiden Darul Falah, Sayyad Hashemi berkata, “Kami cuba membuka pusat komuniti untuk kegunaan masyarakat. Mereka juga boleh solat di sana jika mereka mahu. Ia adalah masjid, pusat komuniti dan pusat pendidikan.”

Bagaimanapun, pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Majlis Bandaraya Stoke-on-Trent untuk membaiki sekali gus mengubah suai bangunan berkenaan.

Ujarnya, bangunan itu memerlukan banyak pengubahsuaian dalaman. Majlis akan melawat pusat berkenaan pada 17 Ogos ini dan memaklumkan mengenai apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: