Antarabangsa

Bekas Ahli Politik India Tuntut Laungan Azan Diharamkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUWAHATI, 08 Ogos 2023 – Bekas ahli politik India, Shiladitya Dev yang sering mengeluarkan komen hasutan telah menuntut supaya laungan azan diharamkan di masjid.

“Adakah ahli masyarakat minoriti mempunyai hak untuk mengganggu mental saya lima kali sehari, 1,825 kali setahun, dengan azan mereka? Adakah pemeliharaan agama ini boleh diterima dalam masyarakat sekular?” tempelaknya, menurut laporan antarabangsa.

Bekas ahli Parti Bharatiya Janata (BJP) itu juga menyifatkan laungan azan sebagai tidak sopan dan berkata seolah-olah kejiranannya berubah menjadi Afghanistan dan Taliban setiap kali mendengar laungan tersebut.

BACA JUGA: Islamofobia: Malaysia Sumbang 15,000 Al-Quran Terjemahan Bahasa Sweden Ke Seluruh Dunia

BACA JUGA: Lebih 5 Tahun, Projek RM7 Juta Gagal Selesai Masalah Muara Cetek

BACA JUGA: Pihak Berkuasa Agama Jadi Pencelah Dalam Kes Nik Elin – Menteri

Dalam pada itu, Shiladitya turut menekankan bahawa dirinya sanggup terima hukuman penjara kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Mengulas lanjut, tiga peguam dari Mahkamah Tinggi Guahati telah memfailkan aduan terhadap Shiladitya, bahkan pihak polis Dispur juga telah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, bekas ahli BJP itu berkata, “Saya akan mengemukakan rayuan saya untuk mengharamkan azan di hadapan hakim di Mahkamah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: