Tempatan

Bekas Ahli Politik Didakwa Dera Pelatih Dadah, Paksa Kerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETWON, 01 November 2022 – Serbuan ketiga pihak polis telah berjaya menahan seorang bekas ahli politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu di rumahnya bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan tenaga kerja.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan, penahanan lelaki yang bergelar Datuk itu berjaya menyelamatkan tiga orang mangsa yang diseksa, dipukul dan dipaksa untuk bekerja tanpa diberi bayaran gaji.

“Salah seorang daripada lelaki yang ditahan dalam serbuan ketiga itu adalah bekas ahli politik tersebut. Dalam serbuan tersebut, tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Siasatan awal mendapati, bekas ahli politik tersebut merupakan pengasas premis pemulihan dadah dan alkohol berkenaan. Premis tersebut beroperasi sejak dua tahun lalu tanpa didaftarkan dengan mana-mana jabatan kerajaan,” katanya.

Menurut Datuk Shuhaily, hasil siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol. Mereka ini dikenakan bayaran antara RM1,200 hingga RM1,500 kononnya untuk merawat ketagihan yang dialami.

Kesemua mangsa dikatakan akan dipukul dan diikat sekiranya mereka melawan selain diberi makanan dalam jumlah yang sedikit.

“Semua mangsa diarahkan bekerja tanpa dibayar gaji dan tiada cuti rehat. Mangsa diarahkan bekerja di kedai cuci kereta, kedai servis pendingin hawa, kedai kayu dan kedai makan.

Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, kebanyakan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat dipukul. Selain itu, kita turut merampas beberapa barangan antaranya sebuah komputer riba, sembilan buah telefon bimbit, dua utas rantai besi, sebatang paip PVC dan dua batang besi penyambung katil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: