Antarabangsa

Jangan Guna Ivermectin Rawat COVID-19 – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GENEVA, 01 April 2021 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan untuk tidak menggunakan ubat anti-parasit Ivermectin ke atas pesakit COVID-19.

Ia hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal sahaja.

“Kami menyarankan untuk tidak menggunakan Ivermectin ke atas pesakit COVID-19 kecuali dalam konteks ujian klinikal,” nyata WHO dalam garis panduan mereka.

“Saranan ini terpakai ke atas pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan bersimptom.”

Tambah WHO, kesan Ivermectin terhadap tempoh hayat, alat bantuan pernafasan mekanikal, kemasukan ke hospital, tempoh rawatan di hospital dan bebas dari virus masih tetap tidak dapat dipastikan kerana kurangnya bukti yang membuktikan keberkesanan (Ivermectin) terhadap setiap yang dinyatakan. (“The effects of ivermectin on mortality, mechanical ventilation, hospital admission, duration of hospitalisation and viral clearance remain uncertain because of very low certainty of evidence addressing each of these outcomes.”)

Sebelum ini, Agensi Perubatan Eropah(EMA) juga menasihatkan semua untuk tidak menggunakan ubat anti-parasit Ivermectin bagi merawat COVID-19 atas sebab data yang ada tidak menyokong penggunaannya di luar ujian klinikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: