Tempatan

Bekalan Telur Dijamin Stabil Hujung Bulan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 24 Oktober 2022 – Bekalan telur di seluruh negara yang mengalami kekurangan antara lima hingga 10 peratus dijamin stabil pada hujung bulan ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Roziah Abudin menjelaskan, dengan bantuan modal yang diberikan Kerajaan kepada syarikat-syarikat besar pasti dapat meningkatkan pengeluaran untuk pasaran tempatan.

“Bekalan dijangka pulih dalam masa terdekat ini kerana jaminan diberikan oleh syarikat besar untuk meningkatkan pengeluaran manakala daripada segi harga pula ia kekal kerana masih dikawal.”

Tambahnya lagi, untuk meningkatkan pengeluaran, Kerajaan juga bersetuju menaikkan subsidi daripada tiga sen kepada lapan sen bagi telur Gred A, B dan C.

Mengulas lanjut, masalah ini berpunca apabila 21 ladang berskala kecil yang terpaksa ditutup kerana didapati tidak efisien manakala ladang besar tidak dapat menambah jumlah pengeluaran.

Namun jelasnya, Kerajaan sentiasa komited mengatasi masalah kekurangan telur dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: