Tempatan

Desakan ISMA Turunkan Papan Iklan Tidak Senonoh Jovian Bangi Berjaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 16 Disember 2022 – Desakan gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi supaya pihak syarikat Jovian Bangi menurunkan papan iklan tidak senonoh dengan imej wanita tidak sopan yang ditayang di tempat awam telah berjaya.

Susulan desakan itu, Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi telah membuat permohonan maaf sekali gus menyatakan komitmen untuk menurunkan atau menukar papan tanda di premis itu dalam masa 14 hari, kata Yang Dipertua ISMA Bangi, Bilal Jailani.

Tambah beliau, pihaknya amat menghargai hasrat murni Jovian Apparel tersebut dan berkenaan bantahan ini, ISMA Bangi tidak memiliki apa-apa kepentingan melainkan hanya untuk kebaikan awam.

“Justeru, ISMA Bangi akan memadam hantaran media sosial berkenaan bantahan.”

Bilal Jailani seterusnya mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh warganet dan NGO yang turut menyatakan bantahan mewakili Komuniti Bangi dan mengajak masyarakat terus memantau papan tanda tersebut.

“Kita harap papan tanda itu dapat diuruskan selewatnya 27 Disember 2022, seperti yang dijanjikan oleh pihak Jovian Apparel”, ujar beliau yang juga mengajak orang ramai terus memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Samudera.my sebelum ini, melaporkan berkenaan desakan ISMA Bangi yang mahu agar papan iklan yang memaparkan imej tidak sopan wanita berbengkung oleh Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi diturunkan dengan kadar segera.

Selain merendahkan kemuliaan wanita, iklan tersebut juga seperti mempromosikan soft pornography, demikian menurut kenyataan YDP ISMA Bangi, Bilal Jailani.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: