Tempatan

Menteri Mahu Undang-Undang MPKB Dipinda Demi Bukan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 18 Julai 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mahu agar mana-mana undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipinda bagi mengelakkan ia dilanggar oleh orang bukan Islam.

Ia adalah susulan daripada kejadian seorang pemilik salun yang didenda sebanyak RM100 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana membenarkan kakitangan wanitanya menggunting rambut seorang pelanggan lelaki.

BACA JUGA: Didakwa Akta Hasutan, Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

“Saya sudah minta Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan untuk berbincang dengan YDP MPKB supaya undang-undang kecil ini sekiranya boleh dipinda supaya kejadian ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Projek Penggantian Lif Sempena Program Sentuhan Kasih KPKT di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, hari ini.

Jelas beliau, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, sikap saling menghormati adalah penting demi menjaga keharmonian.

“Jika tidak boleh menggunting rambut lelaki tersebut, bagaimana dia hendak buka kedai kerana di Kelantan 95 peratus adalah Islam dan jika tidak dapat menggunting rambut, bagaimana dia mahu jadi tukang gunting rambut,” soalnya.

Malah, kompaun tersebut juga tidak seharusnya dikeluarkan malah undang-undang kecil melibatkan kejadian itu juga boleh dielakkan, katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: