Tempatan

Bekalan Ayam Mula Stabil – Ronald Kiandee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANJUNG, 03 Jun 2022 – “Bekalan ayam di negara ini didapati mulai stabil sejak 10 hari lalu dan tidak berlaku kekurangan ketara dikesan di pasar basah, pasar tani dan pasar raya di seluruh negara.”

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata demikian selepas membuat lawatan kerja ke Dindings Tyson Sdn Bhd di Negeri Perak pada Selasa lalu bagi meninjau kelangsungan operasi untuk memastikan pengeluaran ayam terus lancar sekaligus mencukupi bagi memenuhi keperluan tempatan.

Jelasnya, pihak pengusaha ternakan ayam telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan bekalan keperluan 1.8 juta hingga 2 juta ayam setiap hari mampu dibekalkan.

Dalam pada sama beliau turut memaklumkan, selain lawatan ke ladang ayam pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari Persatuan Penternak Ayam Manjung.

“Libat urus Kementerian dan pihak industri seperti ini adalah penting bagi mengetahui masalah dan cabaran yang dihadapi dalam mengolah pendekatan-pendekatan dan dasar supaya industri ternakan ayam terus dibangunkan dan stabil.”

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan penetapan harga maksimum ayam standard, ayam super dan telur ayam sehingga 30 Jun 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: