Tempatan

Bekalan Ayam: Fasa Pulih, Benda Hidup Sukar Letak Tarikh – Menteri

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 26 Januari 2023 – Walaupun bekalan ayam dan telur berada dalam fasa pemulihan, pihak kementerian tidak meletakkan tarikh sebenar isu ini akan selesai kerana melibatkan ‘benda hidup’.

Demikian kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu selepas lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Ayam Bismi, Simpang Empat Kangkong, Alor Setar semalam.

Tambahnya, “Kita sedang berusaha (untuk selesaikan), (kalau isu) jalan raya, kita boleh cakap jalan ini akan siap dalam bulan Julai, tetapi ini hal makanan, kita hanya (boleh) jamin ianya ada, ianya mengikut pasaran ketika itu, dia bukan (isu yang sama seperti) jalan raya.”

BACA JUGA: GEMPAR! Pelampau Yahudi Kencing Di Perkarangan Al-Aqsa

BACA JUGA: PrEP: Suami Pengamal Homoseksual, Isteri Terpaksa Makan Ubat Sepanjang Hayat

BACA JUGA: Lagi Tindakan Pijak, Koyak & Bakar Al-Quran Di Belanda

Lanjutan itu, beliau turut memaklumkan perbincangan mengenai pemberian subsidi bersasar kini berada di peringkat kajian akhir, melibatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Katanya, ia akan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali stabil bagi pasaran tempatan bermula bulan ini.

Namun, Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh menjangkakan masalah kekurangan bekalan telur akan selesai dalam tempoh dua bulan lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: