Tempatan

Bebaskan Malaysia Dari Menjadi Hab Urai Sisa Elektronik Haram – Aktivis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 29 Februari 2024 – Aktivis alam sekitar, Noor Fadzli Shah Noor Hashim menggesa kerajaan mengambil langkah tegas dengan menutup ‘pintu’ penyeludupan masuk sisa elektronik ke negara ini.

Menurutnya, Malaysia berisiko terdedah kepada pencemaran alam sekitar jika terus dijadikan hab memproses penguraian oleh sindiket terancang.

“Aktiviti penyeludupan dan kitar semula e-waste secara haram ini memberi impak buruk kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk, selain kesan terhadap kos pemulihan dan pembersihan.”

“Ini sama sekali jelas melihatkan tahap pemantauan serta dasar negara berada di tahap yang sangat membimbangkan. Negara akan terus tercemar dan tiada tindakan tegas diambil dibawah akta sedia ada,” katanya.

Tambahnya, insiden baru-baru ini termasuk beberapa kes serupa yang pernah dilaporkan sebelum ini seperti Selangor, jelas terdapat sindiket terancang yang membawa masuk sisa elektronik secara haram dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk meleraikan dan kemudian di hantar ke negara China untuk proses seterusnya.

“Hasil buangan ini dibawa masuk untuk diproses bagi mendapatkan komponen logam-logam berharga oleh operator haram. Apa yang membimbangkan adalah operator yang tidak berlesen ini menggunakan kaedah konvensional serta menyebabkan pencemaran bau dan sungai.”

“Jika mengikut Perjanjian Basel buangan berbahaya hendaklah dilupuskan di dalam negara di mana buangan tersebut dihasilkan dan pergerakan buangan berbahaya merentasi sempadan hanya dibenarkan jika diuruskan secara mesra alam serta mendapat persetujuan negara pengimport.”

“Bagaimanapun, masalah ini semakin parah kerana operator berasal dari luar dan mengimport sisa elektronik juga dari luar dan menggunakan Malaysia hanya sebagai pusat penguraian. Kita kerugian dari banyak aspek, kutipan cukai berbilion ringgit rugi dan paling terkesan adalah pencemaran untuk satu jangka masa yang panjang kepada bumi Malaysia,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: