Antarabangsa

Semua Jabatan & Agensi Kerajaan AS Perlu Promosi Hak Asasi LGBTIQ – Joe Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memperluas usaha AS dalam memperjuangkan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks dan pelik (LGBTIQ) dengan melancarkan kempen menyokong golongan itu Khamis lepas, demikian laporan sebuah portal antarabangsa.

Dalam ucapan pertamanya mengenai dasar luar negara, Biden telah mengarahkan semua agensi Kerajaan AS di luar negara untuk mempromosikan hak asasi LGBTIQ serta mengemukakan perancangan dalam tempoh 180 hari.

Bukan itu sahaja, AS juga dalam perancangan untuk melantik seorang wakil khas mewakili isu LGBTIQ.

“Setiausaha Negara AS Anthony Blinken bercadang untuk melantik seorang wakil khas dalam isu LGBTIQ,” ujar seorang pegawai kanan di Jabatan Negara AS

“Saya berpendapat apabila wakil itu sudah dilantik, ia dapat membantu meningkatkan perhatian terhadap isu LGBTIQ dengan lebih jauh.”

Selepas Joe Biden meluluskan ‘Arahan Eksekutif untuk Mencegah dan Memerangi Diskriminasi Berdasarkan Identiti Jantina atau Orientasi Seksual’, tanda pagar #BidenErasedWomen dan #TERF tular di laman Twitter apabila golongan wanita AS bangkit mempertahankan hak mereka dari diragut oleh pentadbiran Biden dan LGBT.

Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Bin Hassan, fenomena LGBT yang kian membarah telah mencemar budaya, meruntuh institusi kekeluargaan dan merosakkan nilai keperibadian individu, khasnya bagi mereka yang beragama Islam.

Justeru, agensi itu bersedia membantu kerajaan menangani isu LGBT di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: