NGO

Bantuan Diskaun Bahan Mentah: PM Perlu Berhenti Buat Kenyataan Populis – Pengerusi GPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Berikutan berita ura-ura kenaikan harga beras yang dinafikan oleh Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, antara berita yang turut dilaporkan dalam portal Free Malaysia Today ialah keluhan peniaga yang masih belum mendapat bantuan diskaun untuk pembelian bahan mentah seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bantuan itu pernah diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas di Jabatan Perdana Menteri pada 18 April yang lalu. Namun, kini selepas dua bulan, dikatakan pengusaha masih belum mendapat bantuan berkenaan. Pengumuman itu sekali gus telah menafikan kenyataan Salahuddin ketika sidang Dewan Rakyat yang mengatakan Kerajaan tidak akan memberikan sebarang insentif kepada pengusaha Menu Rahmah.

Saya berharap berita ini tidak benar kerana jika ia benar maka Anwar Ibrahim bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan pengusaha Menu Rahmah ini terjaga. Jika benar harga beras akan naik, maka beban kepada peniaga akan bertambah dengan kos bahan mentah yang meningkat.

Anwar Ibrahim harus berhenti mengeluarkan kenyataan populis sekadar untuk buat rakyat berasa takjub kepadanya dan kerajaan Madani.

Hazry Saimin
Pengerusi GPS

Rujukan:
1. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/parlimen-tiada-insentif-subsidi-untuk-pengusaha-menu-rahmah/
2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-umum-diskaun-khas-buat-pengusaha-menu-rahmah-415992
3. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/06/23/harga-beras-naik-bulan-depan-kata-bos-mydin/

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: