Antarabangsa

Pasukan Hackers Indonesia Akan Terus Ceroboh Laman Web Negara Haram Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 24 April 2023 – Pasukan penggodam Indonesia akan terus menceroboh laman web institusi negara haram aparteid Israel, lapor media Arab.

Serangan siber oleh penggodam dari negara majoriti Muslim terbesar dunia itu berlaku ekoran siri serangan serupa yang menyasarkan agensi negara haram oleh penggodam negara lain susulan keganasan tentera pendudukan Israel ke atas jemaah Palestin di Masjidil Aqsa baru-baru ini.

Penggodam Indonesia, VulzSec Team mendedahkan bahawa mereka telah berjaya memperoleh maklumat sensitif sekali gus menceroboh pelbagai sistem kerajaan haram Israel termasuk polis, kementerian kesihatan, institusi pengangkutan dan bank pusat.

“Pada masa hadapan kami akan lebih fokus kepada institusi lain dan cuba menceroboh sistem lain di Israel,” ujar pasukan itu.

BACA JUGA: Kualiti Udara Chiang Mai & Bangkok Antara Paling Teruk Di Dunia

BACA JUGA: JAIPs Perlu Perjelas Akaun FB Atas Nama Mereka – Ust Wadi Annuar

BACA JUGA: SKMM Pantau Penjualan Alat Ganti Motor Atas Talian

Sementara itu, beberapa data terutamanya dari kementerian kesihatan telah pun diterbitkan di laman Facebook mereka dengan sebahagiannya ditapis. Bagaimanapun, mereka berkata bahawa pihaknya tidak akan memuat naik maklumat sensitif kerana tiada niat buruk di sebalik aktiviti menggodam.

Jelas VulzSec, ‘Operasi Israel’ dilancarkan atas dasar kemanusiaan untuk menyokong hak rakyat Palestin dan meningkatkan kesedaran terhadap kebebasan di kalangan manusia termasuk kebebasan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim haram.

Mengulas lanjut, aktiviti penggodam ini telah mencetuskan kebimbangan kepada Pengerusi dan Pengasas Forum Keselamatan Siber Indonesia, Ardi Sutedja.

Menurut beliau, perpaduan yang kuat seringkali wujud di kalangan orang ramai, namun mereka gagal memikirkan akibat jangka panjang apabila mereka melakukan aktiviti sedemikian, ia pasti akan dibalas dengan pelbagai cara.

“Apabila Israel sedar mereka mengalami serangan siber, mereka akan melakukan serangan balas, dan kita tidak tahu jenis serangan balas siber yang akan mereka gunakan,” kata Sutedja.

“Ini bertentangan dengan negara yang mempunyai kecanggihan (teknologi) yang kita tidak tahu hadnya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: