Antarabangsa

Bayi Terkorban Akibat Hujan Batu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CATALONIA, 02 September 2022 – Ribut hujan batu yang yang melanda perkampungan La Bisbal d’Emporda, wilayah Catalonia, Sepanyol secara tiba-tiba telah meragut nyawa seorang bayi berusia 20 bulan dan mencederakan kira-kira 50 orang awam.

Mangsa meninggal dunia akibat terkena ketulan ais yang bersaiz 11 sentimeter.

Paparan video di media sosial yang tular sejak Rabu memaparkan hujan batu melanda wilayah itu.

Dalam video berdurasi 0:09 saat itu menunjukkan hujan batu mendarat seperti peluru berpandu di kolam belakang rumah, melancarkan percikan besar ke udara.

Satu lagi video menunjukkan keadaan selepas ribut hujan batu, mengakibatkan beberapa cermin kereta dipecahkan oleh ketulan ais yang jatuh.

Datuk Bandar, Carme Vall memberitahu media tempatan, bayi berkenaan berada bersama keluarganya ketika kejadian berlaku.

“Insiden angin kencang serta ketulan-ketulan ais yang jatuh kelmarin menyebabkan bayi malang itu meninggal dunia (Rabu),” katanya.

Vall turut menyifatkan hujan batu itu sebagai kemalangan terburuk yang berlaku di kawasan ini.

Beliau memberitahu, kejadian hujan batu yang membentuk ketulan ais bersaiz sekitar 11 sentimeter itu jatuh dalam tempoh 10 minit yang ‘menakutkan’.

Sementara itu, ribut hujan batu dijangka berterusan di wilayah itu berikutan gelombang panas yang melanda Laut Mediterranean.

Untuk rekod, ribut hujan batu yang berlaku kali ini adalah kejadian paling buruk pernah berlaku dalam tempoh 20 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: