Tempatan

Batalkan Konsert Hedonisme Melampau Atau Terima Bantahan Besar-Besaran- Pemuda PAS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook, menggesa Kerajaan supaya membatalkan konsert hedonisme yang tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia atau satu bantahan besar-besaran akan diadakan oleh pihaknya.

Melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, beliau mengharapkan agar Kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung.

Ahmad Fadhli Shaari berkata, konsert-konsert artis antarabangsa yang diadakan tersebut adalah pada waktu yang tidak sesuai dengan nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru, sekiranya gesaan ini hanya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan dan tidak diendahkan oleh pihak Kerajaan, maka pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menyeru NGO-NGO dan tenaga perseorangan yang prihatin dengan isu ini untuk bangkit bersama dan tidak membiarkan budaya hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat.

“Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana Putrajaya.”

Tambah beliau, menjelang Mesyuarat Kabinet yang terdekat ini, sudah Pasti PAS sendiri melalui anggota kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert daripada artis antarabangsa yang dijadualkan dapat dibatalkan.

Baru-baru ini, konsert Billie Eilish, Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan peminat tegar bintang elektropop itu sanggup keluar seawal empat pagi demi mendapatkan ‘spot’ terbaik bagi menyaksikan idola mereka beraksi di depan mata.

Pada hari konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, lebih 25,000 peminat Billie Eilish hadir menyaksikan bintang pop yang mempunyai ramai peminat LGBT itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: