Batal Kuota Pelajar Bumiputra, Lakukan Secara Berperingkat – PMX
Pulau Pinang (5 Ogos 2023) – “Kita perlu lakukan secara berperingkat… tidak boleh buat secara gopoh. Anak-anak India, anak-anak Cina semua anak saya. You force us to change now to satisfy the demand of the extremist, we will be wiped out in the election. And you will have Pas and Bersatu to govern this country,” demikian kenyataan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi bersama pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang.
Beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan pelajar yang mahukan sistem kuota pelajar bumiputra diganti dengan sistem meritokrasi sepenuhnya.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, jika sistem kuota dibatalkan, ia akan menimbulkan turmoil (kekacauan) dalam negara. Beliau turut menjelaskan jika ada anak-anak India atau anak-anak Cina merasakan mereka tidak dilayan dengan adil, mereka boleh membuat rayuan dan pihak Kerajaan akan buat pertimbangan terbaik.
Menceritakan pengalamannya yang datang dari Malay College Kuala Kangsar, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemudian menjelaskan bahawa pihak yang membuat tuntutan sedemikian tidak tahu bahawa terdapat sekolah-sekolah yang cukup daif di mana pelajar miskin belajar dan para pelajarnya tidak akan dapat bersaing secara adil.
“Anda tak faham ada orang nak makan pun tak cukup, nak pergi sekolah… tetapi anda nak suruh bersaing..”
Kerajaan menurutnya tidak boleh mengambil pendekatan popular untuk memuaskan hati segelintir pihak, tetapi dengan natijah yang akan memberi kesan buruk. Kabinet, menurutnya sentiasa mencari jalan terbaik bagi menjamin keadilan untuk semua.
Anwar berkata, beliau boleh mengambil keputusan yang popular semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak, namun ia akan memberi kesan buruk. Beliau turut menegaskan, mereka yang mempersoalkan tentang sistem kuota harus belajar mengenai sejarah negara ini, dan memahami mengapa ia penting bagi menjamin keadilan untuk kaum Bumiputera, tanpa meminggirkan nasib kaum lain.