Tempatan

8 Plaintif Akan Kemukakan Laporan Perubatan, Sebagai Bukti Prasarana Cuai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2023 – Lapan individu akan mengemukakan laporan perubatan untuk menentang dakwaan Rapid Rail Sdn. Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd. bahawa penumpang bertanggungjawab sebahagian atau keseluruhannya bagi kecederaan yang dialami semasa nahas Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya 2021, lapor sebuah berita tempatan.

Lapor berita tersebut, dalam jawapan lapan plaintif terhadap pernyataan pembelaan kedua-dua syarikat berhubung saman kecuaian mereka mendapati laporan pakar perubatan menunjukkan kecuaian defendan sehingga menyebabkan kecederaan kepada mereka sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, plaintif turut menafikan dakwaan defendan bahawa mereka cuai kerana kemalangan itu berlaku pada waktu puncak dan ia menjadi tanggungjawab defendan untuk memastikan keselamatan plaintif.

BACA JUGA: Selsema Burung: Cadangan Vaksinasi Ternakan Untuk Kurangkan Manusia Dijangkiti

BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Surirumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen

BACA JUGA: Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH-Pakar Komunikasi

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kedua-dua syarikat tersebut menerusi pembelaannya mendakwa mereka bukan sahaja tidak cuai malah penumpang mungkin bertanggungjawab sebahagian atau sepenuhnya ke atas kecederaan yang dialami sewaktu nahas tersebut.

Melalui pernyataan pembelaan kedua-dua syarikat tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 05 April, mereka mendakwa plaintif mengalami kecederaan selepas gagal berdiri atau duduk di tempat yang ditetapkan di dalam tren serta gagal memegang dengan kuat susur tangan yang disediakan.

Nahas tersebut yang berlaku pada jam 8.45 malam, 24 Mei 2021 terdahulu telah mengakibatkan seramai 47 penumpang mengalami kecederaan parah manakala 166 yang lain mengalami cedera ringan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: