Barat Tidak Berjaya Untuk Gagalkan Forum Rusia-Afrika – Penganjur
ST. PETERSBURG, 02 Ogos 2023 – Barat yang berhasrat menggagalkan Forum Rusia-Afrika dengan memberi tekanan terhadap perwakilan yang akan menghadiri ke forum tersebut dilihat tidak mendatangkan hasil dan gagal, kata Roscongress, agensi kerajaan yang menganjurkan forum Rusia-Afrika itu.
Walaupun terdapat tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari Barat, Roscongress menganggap ia sebagai satu kejayaan yang memberangsangkan, ketika ia menilai perhimpunan itu pada hari Isnin.
BACA JUGA: Penemuan Najis Tikus, 4 Kilang Makanan Diarah Tutup – JKNM
BACA JUGA: Ajaran Sesat SiHulk: Tiada Kawasan Khusus Dikesan Di Selangor – KP Selangor
BACA JUGA: PRN: “Saya Minta Kepada Chow Kon Yeow Untuk Beri Cuti” – Lim Guan Eng
Forum dua hari itu dihadiri delegasi rasmi dari 48 negara, kebanyakannya diwakili oleh ketua negara atau pegawai negara berpangkat kedua. Lima persatuan integrasi terbesar di benua itu turut menyertainya, kata Roscongress.
Roscongress menganggarkan sejumlah 9,000 penyertaan, dari 104 negeri dan wilayah yang mengikuti pelbagai acara forum. Sebanyak 59 sesi panel telah diadakan di forum itu dengan 457 penceramah mengambil bahagian.
Pada tahun ini, perbincangan Forum Ekonomi dan Kemanusiaan yang penuh dengan cadangan praktikal, terutamanya dalam bidang kemanusiaan dan teknologi telah menjana minat yang ketara daripada wakil perniagaan dan komuniti saintifik.
Washington dan sekutunya berusaha untuk mengasingkan Moscow di peringkat antarabangsa, dengan mendakwa bahawa ia harus dihukum kerana konflik di Ukraine.
Walaupun disokong oleh anggota NATO dan negara seperti Jepun dan Korea Selatan, yang menjadi tuan rumah tentera AS, banyak negara lain telah mengekalkan pendirian neutral dalam hal tersebut.