Antarabangsa

Barat Dipersalahkan Kerana Jadikan Perubahan Iklim Permasalahan Negara Miskin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 07 April 2023 – Presiden Kenya, William Ruto menyalahkan Barat kerana menolak negara-negara Afrika daripada projek bahan api fosil di samping gagal menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, menurut Ruto, pelancaran tenaga boleh diperbaharui di Afrika adalah sangat perlahan, berikutan kesukaran mendapatkan pembiayaan dana untuk pembangunan mereka.

BACA JUGA: Isu Palestin: Orang Islam Tak Bersatu, Arab Berlumba Iktiraf Israel

BACA JUGA: UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari

BACA JUGA: Ambil Serius Kewujudan Jual Beli Organ – KP Kesihatan

Beliau menyatakan bahawa aset dan keupayaan Afrika mampu untuk melangkah ke hadapan dari segi teknologi akan menjadikan benua itu, khususnya Kenya, menjadi rakan kongsi kritikal dalam mengemudi era peralihan tenaga global seterusnya.

Barat telah mendesak untuk tidak melaksanakan sebarang projek bahan api fosil di Afrika. Namun negara seperti Uganda dan Tanzania tetap mempertahankan projek saluran paip minyak mereka untuk menuai sumber minyak di Tasik Albert Uganda untuk dieksport.

Beliau berkata Afrika menghadapi berbagai krisis yang saling berkaitan dan merupakan benua yang paling terdedah kepada perubahan iklim dan kesannya. Namun sebenarnya, Afrika adalah negara yang paling sedikit menyumbang terhadap krisis perubahan iklim.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada November 2022 melaporkan bahawa bilangan masalah kesihatan berkaitan iklim di Afrika telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa, ini memburukkan lagi krisis kesihatan di mana 47 juta orang telah menghadapi kebuluran yang teruk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: