Tempatan

Bapa Bunuh Diri Lepas Campak Tiga Anak Dari MRR2

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Ogos 2022 – Seorang bapa bertindak kejam apabila mencampak tiga orang anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong berketinggian 20 meter berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya sebelum dia sendiri bertindak terjun dari jejambat berkenaan kira-kira pukul 5.50 pagi ini.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, lelaki tersebut dipercayai seorang warga asing berbangsa Myanmar berumur 38 tahun.

Dalam kenyataan yang sama, pihak polis mengesahkan lelaki dan dua orang anaknya telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya sedang dirawat di Hospital Selayang kerana cedera parah.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya.”

Tambahnya lagi, mayat kesemua mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini untuk tampil memberikan keterangan dan menghubungi pegawai penyiasat ASP Baldev Singh di talian 012-4806062 untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: