Tempatan

Bapa Boleh Cuti 7 Hari Selepas Dapat Anak – Dewan Rakyat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – Dewan Rakyat meluluskan Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang mencadangkan supaya cuti paterniti kepada pekerja lelaki yang berkahwin dinaikkan kepada tujuh hari daripada tiga hari sahaja sebelum ini.

Ketika Datuk Awang Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua, beliau berkata bahawa cuti paterniti wajar diberikan kepada pekerja lelaki yang berkahwin untuk menguruskan hal ehwal keluarga selepas kelahiran anak mereka.

BACA: Kemudahan Cuti Kuarantin Jaga Anak, Penambahan Senarai Penyakit Berjangkit – JPA

BACA: PM Umum Cuti Dan Peruntukan Untuk Mangsa Banjir

BACA: Kerajaan Telah Wajibkan P-Hailing Daftar Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri – Timbalan Menteri

“Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga. Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam,” ujarnya.

Seramai 19 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang turut serta membahaskan RUU itu dengan majoritinya menyentuh isu cuti paterniti, cuti bersalin, gaji minimum serta isu buruh paksa.

Walau bagaimanapun, ketika sesi penggulungan RUU berkenaan, Awang memaklumkan bahawa kelayakan cuti paterniti hanya terhad kepada lima kelahiran, tanpa mengira bilangan isteri. Cuti ini juga akan mula dikuatkuasakan pada hari pertama kelahiran anak.

Selain itu, pekerja berkenaan mesti telah bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama untuk mendapat kelayakan cuti tersebut.

Tambah beliau, pindaan tersebut turut melibatkan penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: