Tempatan

Banyak Hotel Di Port Dickson Tidak Patuh Piawaian Sistem Rawatan Kumbahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORT DICKSON, 13 Jun 2024 – Majoriti hotel yang terdapat di sekitar pantai peranginan di sini tidak mematuhi piawaian sistem rawatan kumbahan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sehingga kini hanya 11 buah hotel berbanding 34 buah premis hotel yang lain masih belum membuat penyambungan kepada sistem pembentungan dikendalikan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Keadaan tersebut menurut beliau boleh menyebabkan kebarangkalian pencemaran terhadap perairan terdekat terutama apabila sistem rawatan kumbahan yang terdapat di hotel-hotel itu tidak diselenggara dengan baik.

Katanya, malahan hasil penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap sistem rawatan kumbahan persendirian milik hotel-hotel itu mendapati 12 daripadanya tidak mematuhi kepada standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.

“Bagi mengekang berlakunya kejadian pencemaran, saya meminta kepada pihak-pihak hotel, rumah peranginan dan pengurusan kondominium di Port Dickson ini untuk sentiasa mematuhi keperluan undang-undang yang berkaitan.

“Saya meminta setiap kemudahan kumbahan di setiap premis dapat disambung ke loji rawatan kumbahan berpusat (tapping) supaya pelepasan kumbahan setiap premis dapat dirawat di loji rawatan kumbahan berpusat yang diselenggara oleh IWK,” katanya.

Veerapan dalam pada itu menjelaskan, keengganan pihak hotel untuk membuat penyambungan ke loji rawatan kumbahan serantau bukanlah kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

“Mereka anggap sudah ada sistem sendiri dan boleh merawat sendiri (kumbahan) dan seterusnya melepaskan ke longkang tetapi itu tidak memadai.”

“Untuk pastikan isu pencemaran dapat dikawal dengan baik kita harus ikut sistem iaitu sambung kepada loji rawatan kumbahan serantau suaya dapat diuruskan dengan baik,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: