Tempatan

Banyak Ayam Mati, Pembekal Naikkan Harga Ayam 30 Sen

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 13 Oktober 2022 – Alasan bahawa sejumlah besar ayam mati yang diberikan oleh pembekal setelah menaikkan harga ayam sebanyak 30 sen meletakkan peniaga dalam keadaan dilema, lapor sebuah portal berita tempatan.

“Pembekal mendakwa yang pihak pengilang sukar untuk memperoleh stok ayam ketika ini disebabkan banyak ayam mati di ladang.”

“Alasan ini juga menyebabkan pihak peladang sehingga pembekal menaikkan harga ayam di luar penetapan Kerajaan,” kata seorang peniaga yang dikenali sebagai Fahmi.

Lapor portal tersebut, tindakan menaikkan harga barangan basah itu dikatakan telah berlaku buat kali yang ketiga sejak 2 Oktober, 5 Oktober dan semalam.

Menurut seorang peniaga yang dikenali sebagai Mohamad Nasir Abdul Kalam, tindakan pihak pembekal yang menaikkan harga ayam standard ini membebankan peniaga kecil.

“Ini tidak adil. Kami hanya memperoleh hasil jualan sekitar 20 sen hingga 30 sen sahaja untuk seekor ayam standard. Ini belum diagihkan untuk bayaran harian pekerja, sewa tapak, bil utiliti dan kos beg plastik,” luahnya.

Berikutan itu, Mohamad Nasir menyeru pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu tersebut agar kenaikan harga ayam yang luar daripada ketetapan Kerajaan dapat dielakkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: