Terkini

Bantuan RM30 Bilion Untuk Kawasan Gempa Turkiye & Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 21 Mac 2023 – Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson, Pengerusi Bersama Persidangan Penderma Antarabangsa menjanjikan RM30 bilion bagi membantu memulihkan Turkiye dan Syria daripada gempa bumi yang dahsyat pada bulan lalu.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Eropah turut menjanjikan RM5 bilion untuk pembinaan semula di Turkiye dan pakej selanjutnya sebanyak RM500 juta untuk bantuan kemanusiaan dan pemulihan awal di Syria.

BACA JUGA: Rancang Bakar Al-Quran Bulan Ramadan, UK Larang Kemasukan Paludan

BACA JUGA: Kekosongan Guru, 679 Guru Agama Diperlukan Di SAKJ

BACA JUGA: Terengganu Tak Wajibkan Pelitup Muka Di Masjid & Surau

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang memuji solidariti antarabangsa ini kerana menjanjikan RM30 bilion untuk Turkiye dan Syria turut berkata, Persidangan Penderma Antarabangsa adalah satu lagi contoh betapa kukuhnya hubungan antara rakyat kita.

Turkiye tidak akan melupakan solidariti yang ditunjukkan oleh EU, PBB dan organisasi antarabangsa yang lain selepas gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud melanda 11 wilayah pada 6 Februari yang lalu, kata Erdogan pada hari Isnin.

Erdogan berucap secara maya pada sesi pembukaan Persidangan Penderma Antarabangsa, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Eropah dan Presiden Sweden Majlis EU untuk menyokong mangsa yang terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat di selatan Turkiye.

Beliau turut menyatakan bahawa anggaran kos kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi tersebut adalah sekitar RM450 bilion dan tidak mungkin hanya satu negara sahaja dapat menangani krisis skala ini sendirian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: