Tempatan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Buat Penjawat Awam Dibayar 17 April Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 24 Mac 2023 – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 sebanyak RM700 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk pegawai lantikan kontrak akan mula dibayar pada 17 April 2023 ini.

BACA JUGA: Ramadan: Harga Barang Naik Mendadak, Peniaga & Pengguna Mahu Kerajaan Bertindak

BACA JUGA: Antunan Seksual Kanak-Kanak Antara Penyebab Jangkitan HIV 

BACA JUGA: Individu Belasah Pemandu Treler Dalam Kemalangan Maut Diburu

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, BKKA Tahun 2023 ini juga turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) dengan bayaran sebanyak RM350.

Berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan, bayaran tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April 2023.

Antara pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak ialah:

i. Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS);
ii. Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
iii. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
iv. Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
v. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya dan BKKA Tahun 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Malah, BKKA Tahun 2023 ini juga akan dibayar kepada:
i. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 April 2023 dan telah dilantik sebelum 17 April 2023;
ii. Guru interim;
iii. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
iv. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 17 April 2023 juga layak diberikan BKKA Tahun 2023 sebanyak RM700.

Namun begitu, BKKA Tahun 2023 ini tidak layak diberikan antaranya kepada pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: