Tempatan

Cuba Kembangkan Istilah ‘Gender’ Merangkumi LGBT Rendahkan Kedaulatan Perlembagaan – Fatihah Jamhari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 –“Tindakan cuba mengembangkan istilah ‘gender’ untuk merangkumi golongan LGBT adalah amat merendahkan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri,” ujar Fatihah Jamhari.

“Dan saya anggap ini suatu tindakan biadap seorang warganegara yang seharusnya tahu di mana pasak negara bangsa Malaysia tersemat,” tegasnya.

Menurutnya, Perkara 8 hanya melarang diskriminasi terhadap gender yakni seperti yang ditakrifkan dalam kerangka undang-undang sedia ada, melibatkan taksiran biologi – wanita vs lelaki.

Justeru, pembacaan Afiq M Noor adalah tersasar daripada intipati Perlembagaan Persekutuan malah, dengan mengambil kira pindaan kepada Perkara 8 sekalipun, teorinya tentang kebebasan individu melibatkan takrifan ‘gender’ adalah sama sekali terpesong.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Afiq M Noor yang secara semberono cuba menyuarakan bahawa kebebasan individu di bawah Perlembagaan perlu diinterpretasikan secara luas sehingga menjamin hak semua orang termasuk golongan LGBT.

Menurut Ketua Biro Bahagian Undang-Undang & Hak Asasi Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan hanya memberikan perlindungan kesamarataan bagi hal seperti pelantikan jawatan dalam badan awam, pemegang harta atau kerjaya.

Menurut beliau, harus ditekankan bahawa larangan diskriminasi ini bukanlah menyeluruh melangkaui segala hal lain kerana di bawah Perkara 8(5) jelas memperkecilkan larangan diskriminasi dan membenarkan kawalan selia undang-undang diri.

Maka, amat jelas jika suatu undang-undang diadakan bagi mengawal selia undang-undang peribadi suatu kelompok agama, perkara itu tidak boleh dilihat sebagai suatu diskriminasi.

Fatihah berkata, misalnya, pembacaannya berkenaan dengan Penghakiman kes Tan Teck Seng juga tidak jujur dengan pelbagai kritikan yang telah dilontarkan terhadap penghakiman kes itu khususnya apabila penghakiman dalam kes Tan Teck Seng terkhilaf dalam membawa masuk doktrin dari negara India ke dalam kerangka perundangan watan.

Bagaimanapun, saya amat jelek dengan tindakan banyak pengamal undang-undang, malah hakim yang rajin mengimport masuk doktrin asing bagi menjustifikasikan tafsiran menyeleweng mereka.

Menurut beliau lagi, yang disebut sebagai diskriminasi oleh Afiq adalah satu aplikasi tentang hijrah diri golongan LGBT.

Namun, perlu ditekankan, aplikasi ini tidak dipaksa ke atas mana-mana mereka yang mengamalkan kehidupan songsang LGBT.

Setiap muat turun adalah atas kerelaan individu itu sendiri, apatah lagi tindakan membaca setelah memuat turun.

Sudah tentu, aplikasi ini mengandungi bahan dakwah yang jelas untuk panduan umat Islam yang cuba kembali atau berhijrah ke arah kebaikan.

Ujarnya lagi, keangkuhan ramai pihak menyelar aplikasi ini sebagai conversion therapy jelas merupakan usaha halus untuk memperkecilkan malah menidakkan usaha dakwah oleh umat Islam.

Jadi, adakah ini bukan suatu penindasan ke atas hak beragama orang Islam?

“Amat menyedihkan apabila orang Islam adalah majoriti di bumi Malaysia yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan tetapi dakwah dan bahan berunsur keagamaan disekat dan dimomokkan,” katanya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: