Tempatan

Bantuan Insentif Khas RM500 Sempena Aidiladha Untuk 32,300 Asnaf MAIWP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Mei 2024 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas berjumlah RM500 kepada seramai 32,300 orang asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena menjelangnya Hari Raya Aidil Adha.

Memetik kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, asnaf-asnaf berkenaan yang menerima bantuan zakat MAIWP adalah terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab.

“Dalam hal ini, secara keseluruhannya, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM16,150,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja) daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan para asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.”

Bantuan Insentif Khas itu juga dikatakan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 ini.

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa menyantuni keperluan serta kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan sebaik-baiknya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: